Sunday, October 7, 2012

Kenangan Terindah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
 
Mood untuk menaip dtg kembali...idea byk mencurah2 ni, smpai terpaksa pilih yg mana satu nak masuk dulu..huhuhu..mlm ni, terasa nak bercerita tentang Kenangan Terindah...
 
Petang tadi, ada sorg kwn bercerita tentang First Love dia. Ya, walaupun kwn tuh dah hidup bahagia skrg bersama keluarga tersayang, tetapi hati tetap terusik bila teringat First Love nya. Dan mcm biasa, diri ini pun cuba2 lah berlagak nak jadi PRS, cuba2 untuk memberi sedikit kata2 yg diharapkan dapat menenangkan dia. Kalo makin teruk pun, buat2lah ok ye, sahabatku. hehehehe
 
Sebenarnya, diri ini pun ada Kenangan Terindah yang tersimpan kemas dlm hati. Mcm yg pernah dicoret dlm entry sblm ini, diri ini pernah rasa kehilangan seseorang yg diharapkan dpt membahagiakan diri ini dunia dan akhirat. Perit sgt, smpai pernah rasa tak nak melalui agi 'saat2 indah' itu.
 
Dan macam2 yg kwn2 beri kata nasihat/azimat kpd diri ini supaya dpt membina kekuatan diri ini semula. Antaranya "lupakan die je", "delete je kenangan lalu", and etc. Terima kasih byk2 kwn2 yg berusaha utk bantu diri ini. Bukan diri ini tak nak terima nasihat yg diberikan, cuma..rasanya satu kerugian yg besar sekiranya diri ini delete kenangan lalu hanya semata-mata kerana nak lupakan dia.
 
Bagi diri ini, tak salah untuk mengingati kenangan lalu, sbbnye itu adalah kenangan terindah yang telah Allah anugerahkan kpd diri ini. Kenangan yg lalu jugalah yg telah menjadikan diri kita pada saat ini. Takkan hanya kerana 1 kenangan pahit yg berlaku dlm diri kita, kita sanggup nak lupakan 1001 kenangan manis yang lain. Bukan itu caranya utk kita nak bangkit drpd peristiwa pahit itu. Yang salah bila mengingati kenangan lalu tuh adalah sekiranya kita terlalu hanyut, terlalu bersedih bila teringat kenangan itu. Sehinggakan tak lalu mkn, tak nak buat apa2 dah, duduk perap dlm rumah je, beri effect hubungan kita dgn org lain yg menyayangi kita, dan yg paling teruk rasa mcm dah tak nak teruskan hidup ini! (erk...diri ini pun pernah rasa slh satu drpdnye, eh silap, dua drpdnye..eh silap, bkn semua di atas ke? hehehe)

Jadi, pada pendapat diri ini yg takde lesen kaunselor, tak perlulah nak delete kenangan yg lalu itu. Sesekali nak teringat, nak layan jiwang pun boleh. Asalkan kita tahu mcm mana nak control diri ini drpd terhanyut dgn perasaan sedih itu. Jadikan apa yg berlaku itu sbg slh satu Kenangan Terindah yg telah menghiasi perjalanan hidup kita ini. dan kita juga boleh ambil iktibar atas apa yg telah berlaku itu sbg panduan utk kita hadapi perjalanan hidup yg mungkin masih jauh lagi..Wallahu'alam...
"Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah..."


(petikan lagu Kenangan Terindah dendangan kumpulan Samsons)
 
Wassalam...
 

No comments:

Post a Comment