Monday, July 18, 2011

Blog oh blog...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama sungguh diriku tidak menitipkan sesuatu dalam blog ini...agaknya kalau labah-labah boleh buat sarang di blog ku ini, dah penuh agaknya..hehehe..sebenarnye diriku bukanlah seorang penulis blog yang tegar, malah yang separa tegar pun tidak. Blog ini pun diwujudkan oleh akak yg cute utk diriku bagi menghilangkan rasa sedihku pada ketika itu (mungkin boleh tgk entry ku yg pertama).

Tetapi, setelah diriku membaca blog zahiril adzim (pelakon pujaan hatiku pada saat ini - terima kasih ya kerana memberi inspirasi!), barulah tergerak hati ini untuk menjenguk seketika pada blog ini dan seterusnya melari-larikan jari ini di atas keyboard laptop baruku ini (ha, ini pun satu lagi faktor mengapa diriku bersemangat untuk menambah entry di blog ini).

Jadi, apa yg ingin ku luahkan dlm blog ku kali ini?m...mungkin apa2 shj yg terlintas di fikiran ini..bukanlah sesuatu yg terlalu sensasi (takut pula nak sentuh isu2 sensitif ini), atau pun gosip2 hiburan (hanya suka membaca gosip, tetapi bukan utk dihebahkan - nama pun gosip kan) apatah lagi nak jual brg (tak tau apa lagi nak dijual, semua dah dijual dlm blog). Jadi, mungkin sesuatu yang ingin ku kongsikan dgn seseorang yang tidak terlalu bersifat peribadi (takut dgn apa2 yg boleh berlaku akibat terlalu telus dlm berkongsi maklumat).

Rasanya...cukuplah coretan untuk kali ini...walaupun sedikit, mudah2an ia akan menjadi permulaan yg baik utk diriku mengaktifkan semula blog ku...seperti biasa, akan ku akhiri coretan kali ini dengan sesuatu buat renungan kita semua:

Kita selalu bersedih tidak bersepatu baru,
Sedangkan ada insan yang tidak mempunyai kaki...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment