Sunday, July 31, 2011

Ku tak ingin jatuh ke dalam lubang itu lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam baru ku berpeluang menonton filem Saus Kacang lakonan Bunga Citra Lestari dan suaminya Ashraf Sinclair. Filem tersebut mmg menghiburkan, comel, romantik, walaupun ade beberapa adegan yg membuatkan agak terkejut seketika. Tapi, utk catatan kali ni, diriku bukanlah hendak bercerita ttg filem tersebut, tetapi ada sesuatu dlm filem tersebut yg telah membuatkan diriku mengimbas kembali kenangan lama..

Filem tersebut mengisahkan Dewi yg enggan utk menerima cinta Fredo kerana tidak mahu jatuh ke dalam lubang yg sama lagi. Lubang? Apa maksud lubang di sini? mm..maksudnye (diri sendiri tanye, diri sendiri yg jawab..hehehe) mengikut tafsiran diriku adalah dia tidak ingin dilukai lagi oleh kekasih, menyebabkan dirinya akan melalui rasa sakit yg amat dalam dan tidak tahu mampu bangkit semula atau tidak. Mungkin itu yg dianggap sbg jatuh ke dalam lubang. Tapi, apabila sahabatnya bertanya, adakah dia yakin akan jatuh ke dalam lubang yg sama apabila menerima cinta yg baru? tiada jawapan utk persoalan itu...

Lantas...aku mula terngimbau kembali saat2 aku jatuh ke dalam lubang yg dalam itu...(dah mula dah..jgn  nangis udahlah ye). Amat perit..kadang2 diriku tidak percaya yg aku telah melalui pengalaman jatuh ke dalam lubang itu. Dan yg paling penting, aku tak percaya yg aku mampu utk bangun semula sediki demi sedikit, utk panjat keluar dari lubang itu...

Walaupun telah setahun lebih berlalu, tp bagi diriku, masih terasa lagi rasa sakit yg meruntun jiwa itu (erk..lebih2 plak..jgn nak berdrama plak)

"Akan kusimpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah..."


(Petikan lagu Masih Aku Terasa nyanyian kumpulan Gersang)

Oleh kerana rasa sakit sgt, kalau boleh tidak ingin diriku melalui lagi pengalaman itu. Takut, kiranya diriku tidak mampu utk panjat keluar dari lubang sekiranya ku jatuh lagi ke dalam lubang yg sama..tapi, adakah kerana diriku tidak ingin rasa sakit itu lagi, aku perlu mengelak daripada menerima nikmat kurniaan Allah itu sekali lagi? seperti mana yg dilakukan oleh Dewi yg tidak ingin menerima cinta daripada Fredo...

Tetapi kadang2 diriku cemburu juga apabila melihat pasangan yg sedang bahagia menikmati anugerah kurniaan Allah itu...cinta...diriku juga manusia biasa,ingin rasa dicintai dan mencintai seseorang..tetapi apabila teringat kembali rasa sakit itu, diriku jadi takut semula...adakah aku perlu sentiasa mengelak?

Tetapi (erk...di penghujung catatan ini, kena kira berapa byk kali tapi/tetapi yg diriku guna) apabila diriku berfikir semula ttg Qada' dan Qadar Allah ini, membuatkan aku rasa insaf dgn kekhilafan diri. Alangkah bodohnya diriku sekiranya aku menolak anugerah terindah kurniaan Allah ini semata2 kerana tidak ingin disakiti lagi. Sepatutnya, sbg hambaNya yg dianugerahkan akal, diriku perlu merenung kembali, apakah kesilapan diri yg menyebabkan diriku jatuh ke dalam lubang yg dalam itu?

Buat seketika, diriku tersedar...bukan cinta yg menyebabkan diriku jatuh ke dalam lubang yg dalam itu...tetapi dirikulah penyebab utamanya. Diriku! Mengapa? Kerana sebelum ini, aku terlalu menyerahkan hati dan perasaan ini kepada si dia, terlalu mengharap dialah segala2nya buatku, dan terlalu yakin yg percintaan kami akan menemui penghujung cerita yg membahagiakan.."and lastly they lived happily ever after"...aku terlalu menyintai dia sehinggakan tidak pernah aku bukakan pintu hati ini kpd org lain...dan aku terlalu yakin aku akan bersamanya sampai syurga...

Itulah kesilapan utama diriku yg menyebabkan apabila diriku jatuh ke dalam lubang, aku hampir tidak mampu utk bangkit semula..rasa sakit yg amat mendalam..

Sepatutnya...sbg org Islam...bkn itu caranya utk bercinta...apabila kita dianugerahkan nikmat cinta dari Allah, ingatlah ia adalah anugerah terindah yg Allah pinjamkan utk kita buat sementara..cinta itu adalah hak Allah, bila2 Dia boleh mengambilnya semula, dan kita sbg hambaNya, tidak berhak utk mempersoalkannya...

Sepatutnya...apabila bercinta, bercintalah kerana Allah...maka apa2 shj yg berlaku kita tidak akan mengalami rasa kecewa yg amat sgt kerana yakin itu adalah Qada' dan Qadar Allah yg penuh dgn rahsia yg tersembunyi...fitrah manusia berasa sedih dan kecewa apabila sesuatu berlaku tidak spt diingini, kalau tidak berasa sedih, robot namanya tuh...tetapi, sbg hamba Allah, inilah ujianNya utk melihat bagaimana kita menghadapi perasaan sedih tuh...terlalu kecewa sehingga patah hati kah, atau membuatkan kita insaf dan semakin mendekatkan diri kita kpd Allah.

dan apabila kite bercinta kerana Allah juga maka kita akan menjaga perhubungan kita supaya dirahmatiNya, kita akan menyerahkan segalanya kpd Allah kerana hanya Dia mengetahui yg terbaik buat kita...

dan apabila kita bercinta kerana Allah, kita akan menyerahkan kpd Allah supaya menjaga hati pasangan kita supaya tetap menyayangi kita kerana Allah juga, walau di mana jua sang kekasih berada, walau dgn siapa sang kekasih bersama...yelah, sbg manusia, kita takkan terlepas drpd perasaan cemburu lagi2 bila mengetahui sang kekasih bersama org lain. bak kata pepatah, cemburu itu tandanya sayang..tetapi cemburu yg berlebihan juga merbahaya kerana ia juga boleh menghancurkan masjid yg bakal/telah dibina.Oleh itu, kita perlu berusaha utk sentiasa membahagiakan pasangan kita, dan selepas itu serahkan segala2nya kpd Allah supaya dua hati itu tetap akan saling menyayangi dunia dan akhirat...

Cinta kerana Allah juga akan membuatkan kita utk menerima pasangan kita dgn seadanya, terima baik buruk pasangan kita kerana yakin ada hikmahnya Allah menemukan kita dgn pasangan kita...kelebihan kita adalah utk melengkapkan kelemahan dia, dan kekurangan kita akan ditutup dengan kelebihan dia...itulah fungsi utama satu pasangan, utk saling melengkapi bagi meneruskan hidup di bumi Allah ini sbg khalifah Allah..sesungguhnya cinta itu juga ibadat kpd Allah, sekiranya dgn mencintainya akan membuatkan diri kita semakin dekat kepada Yang Maha Esa...

Untuk itu..apabila diriku diberi peluang sekali lagi oleh Allah utk menikmati anugerah terindah itu...akan ku semat pendirian ini kemas di dada...semoga Allah akan melindungi diriku supaya tidak hanyut sekali lagi dibuai nikmat dunia yg sementara ini...

Sesungguhnya, ku tak ingin jatuh ke dalam lubang itu lagi...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment